Tuesday, 13 June 2017

Lombok Day 1

Terasa malas nak update entry hehe. Yelah, setahun sekali pun belum tentu nak update. Tak ada idea nak karang apa. Plus ikut mood juga hehe. Tapi oleh sebab saya dah janji dgn Syu dan Rau nak buat entry pasal our trip to Lombok, saya gagah kan diri saya yg perkasa dan juga sado ini utk menyambung entri part 2. 

Asalnya nak pergi berempat tapi oleh sebab2 tertentu kami pergi bertiga ja. Bila dealing with packed schedule ni saya dan Rau decided ke KL naik flight ja. It takes around 1 hrs from AOR to KLIA2. So kami berdua jumpa Syu di KLIA2. 

Nak dijadikan cerita, sebelum masuk ke International Departures tiba² Rau cari ic tak jumpa. Kami pakat dok rasa ic jatuh time dlm flight nak ke KL. Dengan kelam kabut terus pi buat polis report. Report tetap kena buat takut la zaman sekarang orang boleh buat macam². Nasib ic ja yg hilang bukan passport. Kalau tak bye bye Rau, kami honeymoon berdua ja lah. Hahahaha

Bertabah lah Rau, sementara ja jadi pendatang asing

After settle with police report, kami teruskan perjalanan kami yg jauuuuuuuuuuuuh nun disana walaupun dalam KLIA2 ja. Everything goes well dan selamat sampai di boarding gate.  

Penerbangan ke Lombok mengambil masa 2 jam 50 minit. Sampai di LOP airport pun dekat pukul 4pm. Nak keluar dari pintu masuk airport pukul 5pm.

Kalau ikutkan itinerary asal, sampai ja airport terus ke Merese tapi tak sangka pulak stuck di Imigresen dekat sejam 😥. Dari airport ke Merese I think it takes around 40 min macam tu. Hari pulak dah nak malam. Di sini awal sejam dari Malaysia. Pukul 6pm dah macam 7pm. So, kami tukar plan tak jadi pergi Merese. Wawan suggest pergi Merese last day kitaorang kat Lombok, sebelum ke airport. 

Jadi kami teruskan perjalanan kami jalan² cari makan! Lapar gila kot. Bayangkan dari rumah tak makan apa, tak sempat sebab bangun lewat 😬. Nyesal jugak la tak balun Nasi Lemak Pak Nasser dlm flight 😬. 

Masa kat KLIA2 dah whatsapp Wawan sesiap, sampai² ja nak terus makan Ayam Taliwang. Time tu fikir makan ja tak fikir rushing nak ke Merese, haha 😆.

So kat sini lah dia bawak kami. 

After selesai makan-makan weols check-in di Sweet Peach House. Wow guesthouse ni memang cute gila lah. Yang best guesthouse ni ada guard yang jaga 24 jam. Kami stay di Sweet Peach House ni selama 2 malam. So, aku boleh bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 for this sweet and cute house 💖. Rasa nak stay seminggu pulak.

Tak sempat tawaf satu rumah sebab 3 anak dara ini sudah capet banget, kami sempat shoot sat ja. Silalah layanzzz photos di bawah ini. 👇

Monday, 29 May 2017

Lombok - Unplanned - Trip Part 1

Ye ye je, tittle English entry Bahasa Melayu. Alah macam tak biasa . Berbalik kepada tittle di atas. Boleh dikatakan unplanned trip lah bagi aku. Niat tu memang teringin nak ke sana tapi bukan masa terdekat. Tetiba Rau ws, "jom Hajar ticket tgh murah ni" dan saya pun terpukau oleh Rau. Itulah cerita unplanned trip, kami booked awai sebulan. Tak la macam, esok tu nak pi hari ni kalut booked ticket. Tidak tidak, itu cara orang kaya dan saya masih waras, haha (lama tak beletiaq takdak punca).

Okeh! So thank you to my friend Wahida  yg banyak bagi info dan juga terima kasih kepada blog emilinda kerana banyak dapat info disitu. Senang nak buat itinerary. 


So we decided to hired a private tour guide. Our tour guide is Wawan (Wahida recommended to me), dan his friends Faisal and Mujahidin. Tak lupa juga our boatman James Bond katanya . 

Depa ni sangat bagus nak habaq mai. Tak rugi kalau hired depa ni. Kalau hampa nak hello2 boleh contact Wawan006 di ig atau Whatsapp  +62 81907755901. 

Ini itinerary kami selama 5 hari 4 malam 


DAY 1
21/05/2017
AHAD

AOR > KUL
Depart
Arrive
¾      Tiba di KLIA2
08.30AM
09.35AM
KUL > LOP
12.40pm
03.50pm
¾      Tiba di LOP
¾      Check-in guesthouse


DAY 2
22/05/2017
ISNIN

¾      Snorkeling Trip 4 Gili
o    Gili Nanggu
o    Gili Tangkong
o    Gili Sudak
o    Gili Kedis
¾      Back To Guesthouse


DAY 3
23/05/2017
SELASA

¾      Check-out from guesthouse
¾      Villa Hantu
¾      Malimbu View
¾      Sendang Gila Waterfall
¾      Tiu Kelep Waterfall
¾      Stay 1 night di Sembalun (Nauli Bungalow)


DAY 4
24/05/2017
RABU

¾      Start hiking Bukit Pergansingan
(view :sunrice)
¾      Check-in Gili Trawagan (stay 1 night)
¾      Aktiviti bebas



DAY 5
25/05/2017
KHAMIS
¾      Check-Out
¾      Jemput Harbour
¾      Souvenir
¾      Bukit Merese
¾      Kuta Beach
¾      Drop Di Airport


LOP > KUL


Tiba di KLIA2
07.15PM
10.20PM
KL > KEDAH


Hentian Duta > Shahab (AOR)
01.30AM
07.00AM




KOS PERCUTIAN 5H4M - LOMBOK, INDONESIA

Flight Ticket One-Way (AOR > KUL)
2 pax = RM142.24
1 pax = RM71.12

Flight Ticket Return (KL > LOP) 
3 pax = RM 766.66
1 pax = RM 255.55

Bus Ticket One-Way (KUL > AOR)
2 pax = RM94.6
1 pax = RM47.30

Penginapan : Sweet Peach House (1 bilik x 2 malam)
3 pax = RM 251.50
1 pax = RM 83.83

Penginapan : Nauli Bungalow, Sembalun (1 bilik x 1 malam) 
*Walk-in
3 pax = RM 48.12 / IDR 150000
1 pax = RM 16.04 / IDR 50000

Penginapan : Intan Inn Hotel and Resto, Gili Trawangan (1 bilik x 1 malam)
3 pax = RM 121.97
1 pax = RM 40.66

Ticket return speedboat ke Gili Trawangan
3 pax = RM224 
1 pax = RM74

Ticket masuk ke Gili Trawangan
3 pax = IDR 6000
1 pax = IDR 2000

SIM Card (Kartu) - Kami share 3 org, buat hotspot.
3 pax = IDR 65000
1 pax = IDR 21666

Sewa waterproof camera (Snorkeling)
3 Pax = 150000

Private Tour Guide
Total = IDR 4200000 + IDR 150000 (Hotel di Sembalun) = IDR 4350000 

Jumlah yang dibayar kepada supir termasuk ; 

 Transport
 Boat ke 4 Gili
 Snorkling Equipment
 Entrancefee Di 4 Gili
 Entrancefee & Local Guide Di Waterfall
 Equipment hiking ke Bukit Pergansingan, Sembalun

Lain-lain kos seperti makan apa semua tu kami dah asingkan dari semua kos diatas.

Kenapa hired tour guide? My answer is jimat masa, jimat tenaga tapi nak kata jimat fulus tu tak lah  kena juga keluar skit. Bayangkan semua tempat2 yg menarik ni bukannya dekat. So dah jimat masa dah kat situ. Just bagitau ja supir depa akan manage everything. 


Itu ja lah for this entry. Inshallah i'll update another entry.
Byeeeeeeeee 

Thursday, 16 June 2016

KISMEC

Menghadap lama2 depan PC, taktau nak post apa, padahal byk cerita nak bgtau. 

OK!

Lepas ja habis practical, masa tu la. Nau'zubillahi-minash-shaitooon-nirajem. Dugaan sgt mencabar. Stress ya amat!. Yela time ni la kita nak kena cari kerja. Bukan mudah nak dpt kerja zaman laguni lah haa laguni. Apply kerja jgn cakap lah, bertimbun CV aku print-out. Bertambah stress lagi mulut org. 

"Heh peahh, hg buat apa la? Tak cari reja ka?" 
(ayt di reka 50% dari ayt sebenar si annoying). 

Dapat la jgk kerja, tapi satu pekerjaan yg bagi aku.. penat weh penat. Kerja yg lari dari bidang apa yg aku belajar selama ni. So aku bernekad, nak apply satu short-course dlm bidang IT nih. At least boleh tambah lagi ilmu. Ye tak? Sementara apply kerja yg sesuai.

Soo adik2 !!

Sis nak tanya kpd warga Kedah especially. Tau tak apa itu KISMEC? nama penuhnya ialah Kedah Industrial Skills and Management Development Centre. 

"Awt tanya warga Kedah ja sis?". 
"Dak aih, tanya oqang kedah dulu, kalau oqang kedah taktau, sis kena terang bagi semua tau"

Ok, KISMEC ni ialah pusat latihan kemahiran yg bertempat di Kedah, satu di SP dan satu lagi di Kulim. Bukan course IT ja yg ada, mcm2 lagi. Sila lah merajinkan diri click sini. 

Yg boleh aku tau wujudnya KISMEC ni dari adik. Lepas ja adik grad poly terus dia apply KISMEC. Btw adik apply course Automotive. Dan Alhamdulillah, berkat doa semua lps ja practical under kismec terus company tu serap adik masuk kerja. Aku takmau la kata 100% belajar kat kismec then practical tu terus dpt kerja. Tak. Tp apa yg boleh aku ckp 70% ats usaha kita sendiri dan 30% dari pihak company itu sendiri. 

Berbalik kpd cerita tuan empunya blog ni. Course IT lepasan Dip/Deg ada dua (masa tu la, ikut musim jgk) kdg dorg open course Network Security Professional.

  • Wireless and Data Communication
  • Mobile Computing Application Developer (Android)

Oleh sbb dip dlu course network nak apply la network kan? Tp depa tak open course tu :( . Course Wireless dah full so terpaksa apply programming (android). 

Alhamdulillah dapat! Agak takut jgk la sbb bab programming ni aku failed, hehe. Dlm2 takut tu cabar diri sendiri. Bila lagi kan? 

So mlm before registration, brg2 semua dah packing. Segala baju, kasut, baldi eh semua lah. Kena bawaaaaaak beb, wajib. Takkan nak berulang aloqstaq ke sp? Gua bkn org kaya beb, gua bgtau lu. 

Sambung esk pulak la wey,tetiba gua rasa ngantok. Nak sleeping beauty jab. (Ckp lu gua ada hati fefeling sleeping beauty)





















Friday, 25 December 2015

My Convocation Ceremony [KPTM]

Alhamdulillah, almost setahun tamat diploma. Sekarang dah officially graduated. Lama jgk laa baru nak graduate and yeps cuz KPTM setahun sekali baru buat konvokesyen day (jimat kot, haha). Bercerita pasal konvo, timing mmg awesome sgt. 27hb rehearsal, 28hb kenduri kahwin cousin kat Raub, Pahang. 29hb baru konvo. Awesome cangaaaaaat, adeh. 

26/11/15 (Khamis)
Still kat office bila kwn2 hg dah get ready kt putrajaya. Hbs office hour terus blah blk aloqstaq. Sampai pun dah mlm.

27/11/15 (Jumaat)
Sebelum subuh dah kena gerak. Gilir2 dgn adik drive ke putrajaya. Agk2 sampai picc dalam pukul 10.30 pagi. Register apa yg patut then terus ke homestay. Homestay yg aku booking ni dekat dengkil, selangor. Homestay ni aku booking sebulan awal, yela kan tau2 je la kalau nak cari last minutes mmg payah nak jumpa yg agak bajet. Harga pun not bad la, very nice place to stay and i'm very recommend Alia's homestay. Boleh la click sini. 

Okay sambung balik rintihan hati nih, lps rehat sat kt homestay ptg tu ada rehearsal dan photoshoot. Mlm tu jgk terus bertolak ke Raub. Sampai mmg lewat lah kan dgn jem kt area kl tuh. 

So guys layan lah pictures yg hado nih


28/11/15 (Sabtu)
Hari kenduri cousin. Mkn2 minum2 huha huha dan dpt pulak soalan bonus "bila nak kenduri", dah agk dpt soklan cepumas yala aku sorg ja yg plg senior tak kawen2 lagi, haha ja yg mampu pun. Nasib baik jgk tau dkt pahang ni kenduri takat pukul 3.30ptg kalau tak salah, kalau dkt utara ni sampai pukul 6 hambik hang. Ptg jgk bertolak blk ke putrajaya. Sampai pun dah malam. Seriously mmg letih.



29/11/15 (Ahad)
Dah hbs istiadat konvokesyen ada photoshoot pulok, hbs ja pshoot terus gerak balik utara. Sampai bertam pun dah malam, semua plan nak tido rmh kakak n aku pun termasuk la kan. Tp esok tu kena kerja uwaaaaaaa. Mmg takleh excuse sbb bos bg red light haha. Kerja lah hang siti hajar oii. Dah la bln nov punya AL balance ada sehari ja n aku guna utk 28hb tu. Can u imagine! Ok salah sendiri sbb tak plan betul2 cuti.



Alhamdulillah, penat lelah belajaq 3 thn kat KPTM byk bg experiance yg amat berharga. Bila dah masuk alam kerja ni rindu pulak nak further study. One day in-sha-Allah. Tulang belakang yg support aku ofcourse mak abah and family. Kwn-kwn yg byk jgk bantu, xdk depa aku pun takleh gak. Pensyarah2 KPTMas yg seriously mmg betul2 bantu kami especially our mentor Miss Marliana Mohamed yg mmg betul2 awesome, hosnestly aku ckp tak pernah lagi jumpa lect yg baik caring mcm beliau. WE LOVE U MISS MARLIANA. 


Last but not least

My name is Siti Hajar and I am a graduate with Graduate Diploma in Computer System & Networking





Friday, 20 February 2015

Ulat Buku Kah?

Aku ni seorang ulat buku sebenaqnya, ok tunggu jgn gelak dulu. Ya, dari kecik mmg hobi waktu lapang ialah baca buku. Tapi semua tu sebelum wujudnya friendster dan lagi parah dgn adanya facebook. Sbb tu aku kata jgn gelak sbb aku tak tipu. Biar aku sorang ja gelak kahhhhhh. Tahap keulatan aku terhadap buku makin hari makin kurang seperti kurangnya harga barang2 lepas wujudnya GST (ok apa yg kau merepek shaitoooon). 

Okla kali ni serius keh? Arwah tokwan sebelah mak aku ni tauke kedai buku dan kitab2. Setiap kali balik kampung mesti aku akn belek satu per satu buku yg seperti self-motivation genre. Dan arwah jgk selalu akan bagi buku pilihannya kpd cucu kesayangannya (cewah perasan). Ini semua cerita dulu la, tak silap aku masa sekolah menengah. Sekarang membaca jgk tapi jarang2.

Oleh sbb semalam si bdk diknie dia tag satu video yg berkaitan tajuk LA TAHZAN aku teringat plak buku LA TAHZAN yg tak sempat aku baca. Dan insyallah mmg nak start baca pun. 

Buku kedua pulak. Novel hahahaha! Jgn salah fhm kalau aku kata aku ni mmg tak baca novels. (Hek ele tadi gtau ulat buku). Skrg kau olang bole kutuk aku kah!. Novel JULIA ni novel pertama aku baca. Tapi nak tak nak kena baca jgk, masuk soalan SPM.  Not bad la sbb ia berkisahkan tentang penghijrahan ke arah kebaikan. Yg tu cerita zaman sekolah skrg dah masuk alam dewasa dah. Tau tak cerita akasia TEMAN LELAKI UPAHAN - TLU. Haa first time aku suka drama melayu. Oleh sbb tgk drama TLU ending tak berapa nak kick aku beli novel tu pun skip banyak, haha. 



Buku ketiga pulak. Yg ni jiwang skit. Actually tak byk choice aku nak pilih so aku amik secara rawak ja buku ISTIKARAH CINTA. Alang2 student nak belanja BB1M. Rejeki jgn ditolak.

And~ nak gtau pun malu, novel english pertama yg aku beli. Actually tgk kt ig sorg mamat nih, dia punya recommend "Taken". Aku ingat syoooq la kan, sekali baca novel ni dah mula ucap Astaghfirullah hal 'azim. Omaigad, even aku ni dah terlebih umoq sgt tak sesuaii uolsss tahu. Itu lah, takmau usha dulu pakat beli ja. 



notakaki * hati-hati bila hampa beli buku pasal agama, sbb skrg ni kan dah terlalu byk buku agama yg sebenarnya tak sahih. Hadis-hadis palsu etc lah. So be carefull keh?

Monday, 2 February 2015

Kalau Dah Bukan Rezeki


. 

Program Lepasan Diploma Cemerlang IPMA. Program ni dah lama usha start dari sem 3 lagi. Bila dpt tau yg layak further study to overseas, mesti la grab peluang tu kan without SPM result, kalau guna SPM terbang ke langit ke 7 lah ceqitee nyew. Alhamdulillah dpt offer from Plymouth Uni UK, course tak lari byk sgt.

1 step : Apply univ pilihan hampa.
2 step : Ambik test IELTS almost RM800.
3 step :  Ambik Ujian Psychometrics.
4 step : Interview dgn MARA

Tapi agak byk step hg kena buat, cthnya test IELTS. Test ni kalau nak ambik mmg kena guna duit sendiri dulu lah, range around RM800 kalau tak salah aku la, tak ada sponsor2 okeh! Tp aku still tgu feedback dari MARA kalau nak amik IELTS, yela gila hg skali ambik dah kena ratus tu pun taktau lulus ke x.

Oleh sbb aku tak ready utk ambik test ni, buat lek lu aaa. Tunggu punya tunggu feedback MARA, suddenly MARA buat announcement yg start batch aku depa dah tutup (fhm2 ja la, uwangnya ngak ada mungkin). Punya la ku kuciwa, tp yela kalau dah bkn rezeki kita kan apa boleh buat.  


.

Simpan ja la offer letter ni buat kenangan. Byee






Thursday, 26 June 2014

Dean's Award '14

Entry ni pasal benda dah lapok, (haha) tapi takpa lapok pun cerita thn 2014 jgk. Yela, aku ni time cuti ja update story. Byk benda nak kena buat, nsb bkn full-time blogger. So, I wanna share a few photos masa kat jamuan dean's award at grand alora hotel, alor setar. Grand Alora hotel is located at jln mergong, across from a tesco. (promote hotel la plop Big Grin Emoticon) Hotel ni baru ja 1thn setgh beroperasi.

So, susunan table ikut pointer masing² and aku, anas, teah duduk same table. Ada la jgk geng. Yg best, table kami tengah² dan second table dari depan. Rasa cam vvvvvip noq! (haha). Yg pasti table kami bkn la higher pointer. Opening mcm biasa, menyanyi lagu negaraku, lagu kptm, ucapan pengarah etc.

Pages